Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya melayu dalam filem Rahim Razali

Dublin Core

Title

Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya melayu dalam filem Rahim Razali

Description

Kajian ini membicarakan mengenai pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam dua filem Rahim Razali iaitu Puteri (1987) dan Anak Sarawak (1989). Dalam pengaruh kebudayaan masyarakat Melayu, keris bukan sahaja merujuk kepada alatan senjata malah merupakan sebuah manifestasi seni yang memiliki nilai estetika yang tinggi serta cerminan nilai pemikiran, falsafah dan kebudayaan bagi masyarakat Melayu. Maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pencitraan budaya Melayu melalui pemaparan keris dalam kedua-dua filem tersebut yang sarat dengan falsafah dan kepercayaan masyarakat Melayu.

Creator

Siti Normala Bt Hamzah
Dr. Mohamad Saleeh Bin Rahamad @ Ahamad
Prof. Madya Dr. Md Azalan Shah Bin Md Syed

Source

Siti Normala Bt Hamzah, Dr. Mohamad Saleeh Bin Rahamad @ Ahamad ,& Prof. Madya Dr. Md Azalan Shah Bin Md Syed (2020). Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya melayu dalam filem Rahim Razali. University Malaya (UM). https://www.researchgate.net/publication/344421724_Pencitraan_Keris_Sebagai_Kiasan_Keindahan_Budaya_Melayu_Dalam_Filem_Rahim_Razali

Publisher

University Malaya (UM)

Date

2020

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

Kebanyakan filem Rahim Razali sering memperlihatkan sisi perjuangan beliau yang mengangkat idea dan semangat nasionalisme dalam setiap jalan ceritanya. Walaupun beliau berjuang dalam lingkup dunia seni, semangat patriotisme melalui karyanya sangat lantang dan mendalam. Rahim Razali sangat sinonim dengan tema yang menonjolkan bangsa Malaysia serta sering mengangkat semangat jati diri Melayu dalam setiap karyanya. Maka elemen seperti silat, keris, semangat kekeluargaan, politik lokal serta adat resam dan adab yang menjadi tunjang masyarakat Melayu adalah penting dalam naratif karya Rahim Razali. Di samping itu, unsur alam yang lain seperti tanah, sungai, laut, padi, pokok, hutan dan kepercayaan ilmu halus juga antara elemen yang memperkuat karya Rahim Razali yang memperlihatkan realisme sosiobudaya bangsa Melayu.