Simpan keris antik berusia 300 tahun

Dublin Core

Title

Simpan keris antik berusia 300 tahun

Description

Mat Azhar yang juga bekas kakitangan Petronas Carigali berkata, kebanyakan koleksi keris dalam simpanannya sudah berusia lebih 100 tahun dan penjagaan juga perlu dititikberatkan bagi mengelak keris berkenaan mengalami kerosakan. Asas pembuatan yang cukup sempurna oleh 'pandai besi' mampu mewujudkan keseimbangan pada sebilah keris dan apabila ia didirikan maka bilah keris itu mampu tegak dan tidak jatuh.

Creator

Nazdy Harun

Source

Nazdy Harun. (31 Oktober 2022). Simpan keris antik berusia 300 tahun. BERITA HARIAN ONLINE. https://pre-www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/10/1018887/simpan-keris-antik-berusia-300-tahun

Publisher

BERITA HARIAN ONLINE

Date

31 Oktober 2022

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

"Saya banyak belajar selok-belok keris dengan Cikgu Nordin dan Cikgu Mat Noor dari Kelantan. Kedua-dua mereka banyak membantu saya memantapkan kemahiran dalam mengenali kesenian keris. Hingga kini, saya menyimpan kira-kira 110 bilah senjata antik, antaranya 40 bilah keris, 20 lembing, 20 sundang dan tujuh badik yang mana koleksi berkenaan ada yang berharga RM40,000 sebilah dan dalam simpanan saya juga terdapat sebilah keris dianggarkan berusia 300 tahun. Antara keris dalam koleksi saya Keris Melela Terengganu, Bugis Terengganu, Alang Terengganu dan Sunan Terengganu," kata Pengumpul keris, Mat Azhar Mat Lazim, 59.