Dublin Core
Title
Keris Kebanggaan Melayu
Description
Keris merupakan satu senjata dan alat mempertahankan diri yang sangat unik di kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pahlawan dan pembesar tanah air mempunyai talian yang erat dengan keris kerana gandingan ini telah berjaya menentang anasir luar.
Dengan reka bentuknya yang lain daripada yang lain, sebilah keris digunakan sebagai senjata terakhir di medan peperangan. Walaupun pendek, ia sangat berbahaya dan sesiapa yang ditikam dengan keris pasti akan merana dan kecederaannya boleh membawa maut.
Keris ini dapat menunjukkan betapa hebatnya pemikiran orang Melayu pada zaman dulu, kerana setiap bahan, kaedah pembuatan, dan cara penggunaannya sangat terperinci dan bersebab. Dengan kata lainnya, sebilah keris bukan sesuatu senjata yang boleh dipandang remeh.

Creator
Kata Malaysia
Source
Kata Malaysia (4 Mei 2020). Keris Kebanggaan Melayu. KATA MALAYSIA. https://katamalaysia.my/culture/keris-kebanggaan-melayu/
Publisher
KATA MALAYSIA
Date
4 Mei 2020
Identifier
nfdbf
Text Item Type Metadata
Text
Menghasilkan sebilah keris merupakan perkara yang tidak mudah. Kadang-kala, sebanyak 17 logam yang berbeza digunakan dalam pembuatan keris, dan setiap logam ini mempunyai ciri-ciri khas. Antara logam yang digunakan ialah ‘Pulasani’ dan ‘Pamor’.
Penghasilan sebuah keris pula mengambil masa paling kurang dua minggu, tetapi mampu juga berlanjutan hingga sebulan bergantung kepada kualiti dan keunikan keris tersebut. Sebelum memulakan proses pembuatan pula, ayat suci Al-Quran harus dibacakan supaya pembuatan berjalan dengan lancar. Sesetengah orang pula membaca doa-doa tertentu supaya keris tersebut ‘bersemangat’.
[Keris kebanggaan Melayu. (n.d.). Kata Malaysia. https://katamalaysia.my/culture/keris-kebanggaan-melayu/]