Dublin Core
Title
Keris senjata istimewa
Description
Keris sememangnya sinonim dengan tamadun masyarakat Melayu, malah dikatakan wujud lebih 500 tahun sebelum kedatangan agama Hindu dan kemudian Islam di Nusantara. Ia disifatkan senjata orang Melayu terulung dan kerap kali dikaitkan dengan pelbagai elemen mistik serta misteri, sama ada dalam pembuatan atau kemampuannya.
Selama ribuan tahun senjata ini mendominasi medan pertarungan di negara sebelah rantau Asia Tenggara ini. Rupa bumi di Nusantara satu ketika dahulu yang penuh dengan pokok besar, menjadikan keris senjata yang praktikal digunakan berbanding pedang.
Selain itu, saiz keris yang kecil dan ringan memudahkan senjata ini dibawa ke sana ke mari serta senang disorok. Kini keris hanya digunakan pada majlis kebesaran masyarakat Melayu atau sebagai perhiasan.
Namun, ia tidaklah bermakna senjata ini dipinggirkan, malah masih mendapat banyak permintaan.

Creator
Helmy Abd Rahman
Source
Helmy Abd Rahman (2020, Disember 18). Keris senjata istimewa . HMETRO https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/12/527313/keris-senjata-istimewa
Publisher
HMETRO
Date
Disember 18, 2019
Identifier
nfdbf
Text Item Type Metadata
Text
“Saya mahir dalam pembuatan keris, pedang, parang dan pisau selain batu permata sejak 15 tahun lalu. Jika nak dihitung, sudah ratusan atau mungkin mencecah ribuan bilah keris sudah saya tempa dan jual."
“Bahagian keris ada banyak iaitu bilah, ganja, belalai, aring dan cicak, namun itu sebahagian saja serta bergantung kepada jenis bilah keris juga. Bahan pula perlu besi tawo, besi baja dan jenis besi lain yang terpilih." kata Datuk Azmi Azhar Ahmad.