Dublin Core
Title
Keris warisan melayu
Description
Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda. Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelaris dagangan.
Creator
Daily Media
Source
Daily Media (n.d). Keris warisan melayu. Daily Rakyat. https://dailyrakyat.com/keris-warisan-melayu/15708
Publisher
Daily Rakyat
Identifier
nfdbf
Text Item Type Metadata
Text
Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal objek keris itu sendiri, dan fungsi penggunaannya. Penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan fungsinya. Setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu.
