UIAM perlu peka kedudukan keris dalam kalangan masyarakat melayu

Dublin Core

Title

UIAM perlu peka kedudukan keris dalam kalangan masyarakat melayu

Description

Tokoh dan aktivis budaya di negeri ini mengesa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar mengambil serius teguran bekas Presidennya Tan Sri Dr Rais Yatim tentang tindakan universiti itu mengalihkan monumen keris di pintu masuk universiti tersebut.

Tokoh dan aktivis yang ditemubual Bernama itu mengesa agar universiti itu lebih peka dengan kedudukan keris dalam kalangan masyarakat terutama orang Melayu di negara ini dan menyifatkan teguran Rais itu bernas berdasarkan kedudukan keris sebagai simbol kekuatan jati diri rakyat Malaysia.

Tokoh budaya Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata disebabkan mendapat tempat yang istimewa dalam hati masyarakat, UIAM sewajarnya meletakkan monumen keris itu di tempat yang tidak menyebabkan masyarakat tersinggung dan perlu mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu tersebut.

Creator

BERNAMA

Source

Bernama. (2019, November 11 ). UIAM perlu peka kedudukan keris dalam kalangan masyarakat melayu. BERNAMA. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/uiam-perlu-peka-kedudukan-keris-dalam-kalangan-masyarakat-melayu-tokoh-budaya-222307

Publisher

ASTRO AWANI

Date

November 11, 2019

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

" Letakkan keris itu di tempat tidak menghina maruah kerana ianya adalah simbol jati diri bagi rakyat Malaysia. Jangan sekali-kali buang keris kerana ianya adalah satu penghinaan, namun dalam isu ini saya yakin bahawa pihak UIAM peka dan faham akan perkara ini. Dahulu keris melambangkan kuasa bagi raja Melayu dan simbol kepada arahan dari Istana, bagi rakyat biasa keris adalah jati diri bagi orang Melayu itu sendiri yang digunakan untuk mempertahankan diri dan cara ianya digunakan adalah secara individu satu lawan satu dan bukan berkumpulan, " - Tokoh budaya, Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar