Konsep keris dalam budaya masyarakat melayu

Dublin Core

Title

Konsep keris dalam budaya masyarakat melayu

Description

Keris ialah sejenis senjata turun temurun yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak lebih daripada enam ratus tahun yang lalu dan menjadi lambang kemegahan bangsa, maruah, kedaulatan, kekuasaan, kehormatan dan harga diri.

Tanggapan umum terhadap keris adalah senjata untuk membunuh dan ini merupakan satu tanggapan yang tersasar dari konsep keris itu diilhamkan kerana keris merupakan satu artifak budaya warisan khas yang mempunyai peranan tertentu.

Fungsi keris pada zaman dahulu adalah senjata untuk mempertahankan diri, manakala pada zaman kini keris banyak dijadikan sebagai perhiasan di rumah, pejabat serta dipakai untuk melengkapi pakaian rasmi dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis diraja.

Creator

Mazlin Basir

Source

Mazlin Basir. (2019, Mac 18). Konsep keris dalam budaya masyarakat melayu. Malaysiaaktif. https://malaysiaaktif.my/2019/03/konsep-keris-dalam-budaya-masyarakat-melayu/

Publisher

Malaysiaaktif

Date

18 Mac 2019

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

“Keris ni kita anggap sebagai satu daripada budaya kita kerana orang Melayu perlu ada senjata dan ilmu tentang keris berlandaskan rukun Iman dan Islam. Budaya dan agama ini perlu selari,” ujar Yushadi bagi membetulkan persepsi orang ramai yang memandang keris ini sebagai mistik.