Sejarah dan falsafah-falsafah keris

Dublin Core

Title

Sejarah dan falsafah-falsafah keris

Description

Keris ialah satu warisan bangsa yang harus dikenang sebagai lambang ketamadunan bangsa Melayu. Ia menjadi bukti ilmu sains dan teknologi orang Melayu sudah mendahului zaman. Dipercayai bahawa terdapat 17 hingga 60 jenis besi yang digunakan sebagai bahan untuk membuat keris.

Creator

Helmi Effendy

Source

Helmi Effendy (August 22, 2019). Sejarah dan falsafah-falsafah keris. The Patriots. https://www.thepatriots.asia/sejarah-dan-falsafah-falsafah-keris/

Publisher

The Patriots

Date

August 22, 2019

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

Sememangnya asal usul keris masih lagi kabur kerana ia merupakan simbol local genius masyarakat Nusantara tetapi sejarawan ada membawakan hujah-hujah bagi mencadangkan beberapa teori berkenaan asal kewujudan keris. Berikut ialah teori yang diketengahkan oleh para sejarawan berbeza.

G. B. Gardner mencadangkan yang keris pada asalnya adalah senjata yang diperbuat daripada tulang ikan pari ketika zaman prasejarah. Dipercayai bahawa tulang ikan pari itu akan dibalut dengan kain pada tangkainya lalu tangkai itu akan diggenggam dan dibawa ke mana-mana sebagai senjata.

Wilkens mencadangkan, budaya keris ini baru muncul pada abad ke-14 seiring dengan perkembangan dan peralihan daripada senjata seperti tombak. Dikatakan, senjata tikam yang lebih pendek dicipta supaya ia lebih fleksibel. Katanya lagi, oleh sebab pada zaman itu logam sukar ditemui, maka adalah lebih mudah untuk dicabut sahaja mata tombak dan dijadikan keris.