Keris lama cecah nilai RM50,000

Dublin Core

Title

Keris lama cecah nilai RM50,000

Description

Keris merupakan senjata orang Melayu di zaman dahulu merupakan pusaka bangsa yang tidak ternilai kerana mempunyai nilai tersendiri. Ia yang juga merupakan lambang kepahlawanan dan identiti Melayu itu menarik minat sesetengah orang untuk dijadikan koleksi peribadi pada hari ini.

Creator

Torek Sulong

Source

https://www.kosmo.com.my/2022/02/20/keris-lama-cecah-nilai-rm50000/

Torek Sulong (2022). Keris lama cecah nilai RM50,000
. KOSMO. https://www.kosmo.com.my/2022/02/20/keris-lama-cecah-nilai-rm50000/

Publisher

KOSMO

Date

20 Februari 2022

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

Di Kelantan, antara jajahan yang boleh dikatakan menyerlah dengan kumpulan atau komuniti peminat keris ialah Pasir Puteh. Terdapat dalam kalangan pengumpul keris yang ‘mencari makan’ menerusi aktiviti jual beli senjata lama itu. Keris mahal disebabkan keindahan dan kesempurnaan bilahnya.