Dublin Core
Title
Keris dan kapak di akaun tiktok Sanusi cetus kegusaran
Description
Akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disekat baru-baru ini selepas dipercayai memaparkan senjata seperti kapak dan keris, yang jelas melanggar garis panduan komuniti platform media sosial tersebut.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyifatkan unsur yang ditonjolkan dalam kandungan tersebut sebagai ugutan jenayah.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyifatkan unsur yang ditonjolkan dalam kandungan tersebut sebagai ugutan jenayah.
Creator
Ramayah
Umavathi
Source
Ramayah, Umavathi ( 23 Julai 2023). Keris dan kapak di akaun tiktok Sanusi cetus kegusaran . ASTRO AWANI. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keris-kapak-di-akaun-tiktok-sanusi-cetus-kegusaran-429387
Publisher
ASTRO AWANI
Date
Julai 23, 2023
Identifier
nfdbf
Text Item Type Metadata
Text
"Baru-baru ini ada usaha menimbulkan rasa gusar, apabila ada seorang tokoh politik ditahan polis. Semasa individu itu ditahan pihak berkuasa, saya difahamkan pada awal pagi atau tengah malam pada hari sama telah tersebar di TikTok di mana beberapa lelaki duduk di sebuah meja bersama peranti atau telefon pintar dengan gambar individu tersebut. Di satu sudut meja terdapat senjata, kapak dan keris. Bagi saya dan sudah pasti bagi pihak polis, waima pihak TikTok sekalipun gambar yang ditonjolkan itu adalah ugutan jenayah," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah komuniti MADANI peringkat zon tengah, Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, pada Ahad.
